Sunday, September 7, 2008

Jual Kuih Di Bazaar Ramadhan...




Kalau Ramadhan kat Malaysia...aku dan suami adalah pelanggan tetap pasar ramadan samada kat Pauh Jaya atau Bandar Perda, kadang2 pelbagai kuih yang kami beli..itu dulu semasa di Malaysia. Tapi kini kami kat Melbourne..mana nak cari kuih yang sebegitu...maka kenalah buat sendiri...pelbagai jenis telah dicuba, dan Alhamdulillah sedap jugak... jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kuih muih yang dikira ok lah untuk dirasai jugak oleh masyarakat malaysia terutamanya adik adik undergrad yang berada di Melbourne ini. Jadi pada Ramadhan ini memandangkan Malaysian Hall mengadakan tempat untuk Bazaar Ramadhan, dengan beraninya aku telah memasarkan dua jenis kuih aku iaitu TEPUNG PELITA dan LOPES. Tak berani nak letak banyak, takut tak habis....tapi hasilnya memberangsangkan...langsai. MMmm..minggu depan dirasakan boleh digandakan jumlahnya....(eh..tengok le kuih kat atas tu...menarikkan..). Sebenarnya ini adalah kali kedua aku pasarkan kuih aku...bulan lepas dapat tempahan (macam lah bagus...) untuk buat kuih 'SERI MUKA'...LIMA DULANG LAGI....

No comments: