Sunday, October 12, 2008

Tesselaar Tulip Festival Melbourne 2008

Mengunjungi Tulip Farm di Tesselaar... cantikkkkk!!!
Perjalanan mengambil masa 1.5 jam ke sana.

Thursday, October 2, 2008

Pasar Ramadhan Minggu Ke 4...


Seperti minggu-minggu lalu, kuih wajib yang disediakan iaitu Lopes dan Tepung Pelita diteruskan, dan untuk minggu ini kuih baru adalah APAM BALIK (lihat Gambar). Alhamdulillah semuanya habis....

Saturday, September 20, 2008

Pasar Ramadhan Minggu Ke 3



minggu ke-3 bazaar ramadhan kali ni tambah murtabak daging sebab nak lawan hasil jualan dengan rakan kongsi yang lain, konon-kononnya! Yang boleh timbulnya idea nak buat murtabak ni sebab kawan tanya nak jual apa minggu ni, ingatkan saja2 tanya supaya tak sama kuih yg nak dijual, kita pun jawab le rasa2 nak tambah murtabak daging, tup-tup dia war-warkan dalam internat menu bazaar ramadhan,siap dgn no telefon lagi. So ada le hamba Allah tempah untuk moreh kat Malaysia Hall...nak tak nak kena usaha le buat, kalu tak malu lee. Dah ada inti lebih so buat utk dijual sama le..cuba le tengok photo kat atas tu..

Sunday, September 14, 2008

Geelong, Victoria, Australia

 
Posted by Picasa

Pasar Ramadhan Minggu Ke 2....

Memandangkan sambutan yang baik untuk kueh pada pasar ramadhan yang lepas....pada minggu ini jumlahnya telah ditambah ..dan ditambah sejenis lagi iaitu kueh sago...hubby juga join meniaga kali ini....alhamdulillah..sambutan tetap menggalakkan..habis semuanya...lupa pulak nak ambil gambar kali ni..

Sunday, September 7, 2008

Jual Kuih Di Bazaar Ramadhan...




Kalau Ramadhan kat Malaysia...aku dan suami adalah pelanggan tetap pasar ramadan samada kat Pauh Jaya atau Bandar Perda, kadang2 pelbagai kuih yang kami beli..itu dulu semasa di Malaysia. Tapi kini kami kat Melbourne..mana nak cari kuih yang sebegitu...maka kenalah buat sendiri...pelbagai jenis telah dicuba, dan Alhamdulillah sedap jugak... jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kuih muih yang dikira ok lah untuk dirasai jugak oleh masyarakat malaysia terutamanya adik adik undergrad yang berada di Melbourne ini. Jadi pada Ramadhan ini memandangkan Malaysian Hall mengadakan tempat untuk Bazaar Ramadhan, dengan beraninya aku telah memasarkan dua jenis kuih aku iaitu TEPUNG PELITA dan LOPES. Tak berani nak letak banyak, takut tak habis....tapi hasilnya memberangsangkan...langsai. MMmm..minggu depan dirasakan boleh digandakan jumlahnya....(eh..tengok le kuih kat atas tu...menarikkan..). Sebenarnya ini adalah kali kedua aku pasarkan kuih aku...bulan lepas dapat tempahan (macam lah bagus...) untuk buat kuih 'SERI MUKA'...LIMA DULANG LAGI....

Thursday, June 12, 2008

Rumah Sewa Kami...Melbourne (samb)

Depan Rumah


Toilet



Bilik Study



Laundry



Belakang Rumah