Mengunjungi Tulip Farm di Tesselaar... cantikkkkk!!!
Perjalanan mengambil masa 1.5 jam ke sana.
Sunday, October 12, 2008
Thursday, October 2, 2008
Pasar Ramadhan Minggu Ke 4...
Saturday, September 20, 2008
Pasar Ramadhan Minggu Ke 3
minggu ke-3 bazaar ramadhan kali ni tambah murtabak daging sebab nak lawan hasil jualan dengan rakan kongsi yang lain, konon-kononnya! Yang boleh timbulnya idea nak buat murtabak ni sebab kawan tanya nak jual apa minggu ni, ingatkan saja2 tanya supaya tak sama kuih yg nak dijual, kita pun jawab le rasa2 nak tambah murtabak daging, tup-tup dia war-warkan dalam internat menu bazaar ramadhan,siap dgn no telefon lagi. So ada le hamba Allah tempah untuk moreh kat Malaysia Hall...nak tak nak kena usaha le buat, kalu tak malu lee. Dah ada inti lebih so buat utk dijual sama le..cuba le tengok photo kat atas tu..
Sunday, September 14, 2008
Pasar Ramadhan Minggu Ke 2....
Memandangkan sambutan yang baik untuk kueh pada pasar ramadhan yang lepas....pada minggu ini jumlahnya telah ditambah ..dan ditambah sejenis lagi iaitu kueh sago...hubby juga join meniaga kali ini....alhamdulillah..sambutan tetap menggalakkan..habis semuanya...lupa pulak nak ambil gambar kali ni..
Sunday, September 7, 2008
Jual Kuih Di Bazaar Ramadhan...
Kalau Ramadhan kat Malaysia...aku dan suami adalah pelanggan tetap pasar ramadan samada kat Pauh Jaya atau Bandar Perda, kadang2 pelbagai kuih yang kami beli..itu dulu semasa di Malaysia. Tapi kini kami kat Melbourne..mana nak cari kuih yang sebegitu...maka kenalah buat sendiri...pelbagai jenis telah dicuba, dan Alhamdulillah sedap jugak... jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kuih muih yang dikira ok lah untuk dirasai jugak oleh masyarakat malaysia terutamanya adik adik undergrad yang berada di Melbourne ini. Jadi pada Ramadhan ini memandangkan Malaysian Hall mengadakan tempat untuk Bazaar Ramadhan, dengan beraninya aku telah memasarkan dua jenis kuih aku iaitu TEPUNG PELITA dan LOPES. Tak berani nak letak banyak, takut tak habis....tapi hasilnya memberangsangkan...langsai. MMmm..minggu depan dirasakan boleh digandakan jumlahnya....(eh..tengok le kuih kat atas tu...menarikkan..). Sebenarnya ini adalah kali kedua aku pasarkan kuih aku...bulan lepas dapat tempahan (macam lah bagus...) untuk buat kuih 'SERI MUKA'...LIMA DULANG LAGI....
Thursday, June 12, 2008
Sunday, May 18, 2008
Sunday, April 27, 2008
Saturday, April 26, 2008
Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis
Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.
2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.
4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap shalat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Duniamu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu. Yang baik daripada Allah, yang tidak elok atau kurang tepat, kelemahan saya jua. Harap dimaaf jika ada kesilapan. � lanh
Friday, April 25, 2008
Thursday, April 24, 2008
Duduk kat negeri mat saleh...baca Al Quran Macamana???
Wednesday, April 23, 2008
Kehidupan sekeluarga di bumi Australia
Sekadar berkongsi cerita dengan sahabat serta saudara.....kami mula menjejak kaki di melbourne pada 5 februari 2008. Maka hari hari berikutnya adalah pengalaman yang amat bermakna untuk dilalui, dipelajari dan dikenang untuk waktu waktu mendatang..
Subscribe to:
Posts (Atom)